Sunday, November 7, 2010

Perut kenyang [Part 2]

Esoknya pergi Bangi pula.Habis saha kerja di sekolah dan urusan di klinik gigi,terus ke Bangi untuk makan tengahari bersama Mr.Pingu.Restoren yang dipilih ialah Islamic Kitchen.Di mana?Sedap tak?Mahal tak? hehe..jom layan gambar! ^__________^



~! Jalan-jalan cari makan !~
-Islamic Kitchen - Sek 9 Bangi-
(6.11.2010 - 3.00pm)

 Dari tepi restoren

Pandangan hadapan restoren

 Ini saya punya..nyum..sedap!~

Yang ini dia punya...fuh..lazat!

Anak siapalah ini? :p...sedap!


Sebelum sampai..Mr.Pingu sms bagitahu harga makanan di restoren ini sama macam harga Black Canyon.Wow!Hebat betul selera kami berdua..semua list restoren idaman mahal-mahal berlaka.Perghh!~Belasah jelah..asalkan perut kenyang suka hati.Kepada sesiapa yang suka makanan western dan tempatan boleh singgah makan di Islamic Kitchen.Macam-macam ada!Menu yang saya order tu memang sedap..sangat juicy isi ayam itu.Menu Mr.Pinggu pun sedap.Cukup rasa!Cuma rasa tak best sebab air yang saya order tak berapa nak sedap.Tak ingat nama sebab nama panjang sangat.InsyaAllah next time mahu bawa mak dan abah makan kat sini.

Nah...7 bintang daripada 10 bintang

Saturday, November 6, 2010

Perut kenyang [Part1]

Cuti raya deepavali yang sangat memenatkan kaki dan mengenyangkan perut.Kaki penat sebab berjalan,berlari dan memanjat anak tangga untuk menyelesaikan misi.Alhamdulillah,misi berjaya.Bila penat,perut mula lapar.Selera makan tidak sehebat manapun tapi sebab diajak untuk mengisi perut di tempat makan yang lazat,maka diri ini berselera mengalahkan si gaban! Hehe..habis diet den!Kompem...next week kena puasa.InsyaAllah :)


Jom tengok gambar..malas nak bercerita panjang lebar..jari dah gemuk so malas nak type :p 


 ~! Jalan-jalan cari makan !~

-Black Canyon Restaurant,Alamanda-
(3.40pm - 5.11.2010)

 Ini dia yang punya...Beef Pro ^__^
(RM25.90)

 Ini saya yang punya....Noodle Chicken Pro ^__^
(RM15.90)

 Ini air saya..Mocha Ice-cream Blended
(RM8.95)

^__^ Panda Smile ^__^ 
(RM6.50)
p/s: order sebab comel haha

Aum..Aum..mari makan!

Ini Hot Choc dia..minuman kegemaran dia ^__^
(RM6.50)

Temenungkan apa tu? I know..i know..

First time makan kat sini.Tercapailah juga cita-cita terpendam mahu makan kat restoren mahal ini.Disebabkan meja makan kat situ lebar,maka kami berdua gunakan ruang meja itu sepenuhnya.Buku nota dan pen ajaib dibawa keluar untuk berdiskusi.Oh lupa..sebelum makanan hebat itu dihidangkan,kami makan sup.Mr.Pingu makan Chicken Mashroom dan saya makan Corn Mashroom soup.Biasa je.Boleh buat sendiri di rumah.Keseluruhannya..makanan yang kami makan tidaklah sedap sangat.Biasa sahaja.

Nah...5 bintang  daripada 10 bintang saya bagi ^__^

Sunday, October 17, 2010

Seluar berpeluh


Ada teka-teki.


*
*
*
*
*
Seluar apa yang berpeluh? Siapa pandai cuba teka! heheh....tak apa.Saya tahu semua orang tak pandai nak teka.So,saya bagi jawapannya...habis cerita ye tak? waka waka waka

Inilah jawapannya.........................................jeng-jeng-jeng...............................

*
*
 *

Sauna pants (TQ Mr.Google)

Dah cuba 2 kali.Kali pertama cuba,saya buat selama 30 minit sahaja.Kurang berpeluh.Kali ke 2 cuba,saya buat selama 50 minit.Sambil bersauna saya baca buku hingga terlelap.Sedar-sedar..sudah berpeluh.Basah lencun.Rasa ringan badan ini.Hehe...lepas ini kena buat 2 kali seminggu.Mahu kecilkan peha dan kempiskan perut ini hahaha...boleh kah?MESTI BOLEH! GO!

Terima kasih ya mak teh sebab sudikan bagi Ashiq hadiah sauna pants ini ^__^ berbaloi!

Wednesday, October 13, 2010

Hari 13


Ini hadiah hari jadi saya yang ke-13..hahaha bukan 13 tetapi yang ke-28 tahun ^__^ Alhamdulillah,syukur :) Mari layan gambar-gambar di hari bahagia \^_^/



~! At my kindergarten !~

 Ibu kepada Haziq hadiahkan sebijik kek coklat..tq Puan :)

  Bergambar bersama anak-anak yang saya kasihi :)

 Happy Birthday to you..Teacher Shikin!

Thank you children...I love you so much!~


~! At Jusco,Balakong with Mr.Pingu !~

 ^__^ pergi menonton wayang ^__^

 Nyum..nyum..birthday girl punya..lagsana daging 

 Huh..ini dia punya..no no..tak boleh share :p

Dapat ini juga hehe suka!

Inilah si tukang belanja untuk birthday girl 
hehe...Thank you so much Mr.Pingu

Sangat gembira untuk hari 13.Dapat meraikan hari 13 bersama anak-anak di sekolah dan tunang kesayangan saya iaitu Mr.Pingu.InysaAllah..akan meraikan hari 13 bersama keluarga minggu depan.Seperti mahu belanja makan nasi arab..hurm..menarik! hehe...masuk dalam list dulu.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan di atas ucapan hari lahir dan doa yang baik-baik pada hari lahir saya.Moga Allah memberkati amal ibadah dan kehidupan kalian juga.Amin.

Selamat Hari Lahir..Nurul Ashikin Binti Hussin!~




Loves,
Cikgu Ashiq

Wednesday, September 1, 2010

2 hari

Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia....kurang best sambutan tahun ini kerana awan biru tiada pertunjukkan TopGun :p

Sempat membeli 3 helai baju baru untuk diri sendiri dan sehelai untuk abah semalam.Singgah membeli belah di Jusco Balakong dan Alamanda bersama Jurina.Misi mencari kasut raya Jurina..GAGAL!Hurm..pasrah lalu pulang ke rumah terus makan sushi dan rocky...bukan saya tapi Jurina..ahaks sebab dia tak puasa hahah

Yes! 2 hari sahaja lagi nak bercuti panjang ^__^ Disebabkan anak-anak di sekolah terlebih gembira maka cikgu-cikgunya pun join sekali hahaha layannnnnnnn!~Hari Ahad ada misi yang perlu diselesaikan bersama Jurina dan mak.Misi apa?Tungguuuuuuu!~

Oklah..mahu ke sekolah...bas sekolah sudah berbunyi Pooonnn PooooooNnnnnn....

Selamat menjalani ibadah puasa :)



Loves,
Cikgu Ashiq

Friday, August 6, 2010

Love Friday

Salam Jumaat dan selamat hari raya buat semua umat Islam di dunia :)


Oh..i love friday
friday is my day

Hehe...hari ini saya sangat gembira.Gembira kerana saya berjaya menggembirakan hati anak-anak saya.Mereka berjaya siapkan projek art & craft mereka dengan baik.Hari ini saya gembira kerana tuan kedai / landlord tidak naikkan sewa kedai.Kalau ikut dalam perjanjian,setelah tamat 2 tahun dan jika saya mahu sambung..saya kena bayar 20% daripada harga sewa lama.Syukur sangat.Uncle kata "I no problem..boleh.You muda lagi..baru dalam bisnes.Jgn risau."Terus hubungi my abah bagitahu good news ni.Alhamdulillah :) Hari ini saya gembira kerana saya berjaya siapkan kerja sekolah dan cleaning sampai siap!Haha..2-3 hari sebelum ini badan tidak mengizinkan saya untuk buat kerja berat-berat.Tapi hari ini saya sangat bertenaga!Sangat senang hati apabila berjaya mop sekolah sampai bersih ^_^

Oh sangat gembira juga untuk menyambut ketibaan  bulan Ramadhan *____* tak sabar mahu berjemaah di surau menunaikan solat sunat terawih.InsyaAllah :)





Day 4 : Bio-oil





Loves,
Cikgu Ashiq

Sunday, August 1, 2010

Dua

Salam semua :)

1.8.2010 hari ini genap sudah 2 tahun tadika saya beroperasi sebagai pusat bimbingan kanak-kanak pintar untuk mendidik kanak-kanak untuk menjadi orang yang berilmu dunia dan akhirat.

Terima kasih ya Tuhanku dan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga,tenaga pengajar,rakan-rakan dan ibubapa pelajar khasnya yang memberi kepercayaan kepada saya dan tenaga pengajar yang lain untuk menjaga dan mendidik anak-anak mereka.Moga Allah sentiasa melindungi kita dan memberkati amal dan kehidupan kita semua.Thank you Allah.










Loves,
Teacher Shikin

Friday, July 23, 2010

Masa

Salam Jumaat,

Apa status FB anda hari ini? Ini status FB di wall saya selepas tamat kelas tengahari tadi.

"Kepada semua pekerja mahupun yang bekerja sendiri,patuhilah waktu bekerja anda.Jika waktu bekerja anda bermula 8.30 pagi,datanglah ke tempat kerja sebelum 8.30 pagi.Anda tidak seharusnya datang lewat/selepas pukul 8.30 pagi.TIDAK ada istilah DATANG LEWAT BALIK LAMBAT dalam undang-undang waktu bekerja.Harap maklum"

Daripada saya mula-mula bekerja sampai sekarang saya sebagai seorang majikan yang punya pekerja,saya masih tidak faham kenapa pekerja tidak patuhi waktu bekerja mereka.Seribu satu alasan diberi apabila datang lewat ke tempat kerja.Ada yang sanggup berbohong/mencipta alasan yang tidak masuk akal bagi menutup kesalahan mereka.Sudahlah tidak patuhi waktu bekerja,mereka mencipta pula undang-undang sendiri iaitu DATANG LEWAT BALIK LAMBAT!

Satu sahaja soalan saya :

Adakah undang-undang tersebut sangat ketat/susah untuk mereka ikut dan patuhi?


hurm....nasihat saya untuk semua

"Demi masa,sesungguhnya manusia itu kerugian"

Renung-renungkan..selamat beramal.






Love,
Cikgu Ashiq

Sunday, July 18, 2010

Hantu raya vs Badut

Awal pula hantu raya keluar bersiar-siar kali ini.Kali ini,hantu raya keluar bukan bersiar-siar tetapi keluar jalan-jalan cari pasal!Kesnya..berebut bilik air!Kecoh betul!Kalau dah tahu nak keluar..bersiaplah awal-awal.Kerana sabar diriku dirasuk oleh kebongkakan hantu raya..maka tercetus lah PERANG!Kali ini terpaksa mengamuk tanpa rasa malu pada si suami hantu raya.Rasakan!Peluru khas untuk mereka yang tidak tahu untuk menghormati dan bertimbang rasa dengan ahli keluarga sendiri!


p.s : i hate you!
p.s.s : i hate you and you too!
p.s.s.s : i HATE BOTH OF YOU!


Tarikh berhantu : 17.7.2010


Sekian!


-----------------------------------------


Yeh yeh yeh..today is my day!
Bangun awal kerana ada tugasan di sekolah.Memang hari-hari saya kena bangun awal hahaha.Tapi pagi tadi agak kurang sihat,selesema teruk.Adakah demam sebab perang semalam? Boleh blaaa!
Kelas hari ini tidak semua yang hadir.Kelas semua berjalan dengan baik walaupun hari ini saya agak bengang dengan salah seorang murid saya.Serius..rasa macam nak patahkan je cermin mata budak tu! huhuhu..Akhirnya saya give up nak ajar dia.Saya marahkan dia bukan sebab dia tidak pandai tapi marah sebab dia tidak ada respon.Diam seribu bahasa.Siapa tak bengang? T_T Tensen sangat!


Habis sahaja kelas,tidur sebentar.Mengantuk setelah telan 2 biji ubat selesema.2 jam tidur.Bergerak terus ke Jaya Jusco.Hari ini ada date dengan Prof Yun.Memandu dengan berhati-hati terus ke Jusco Balakong.Beli hadiah kahwin untuk pengantin baru.Tiba-tiba Prof Yun call tanya ada di mana.Saya bagitahu jumpa di Smart Wonderland.Pelik.Dia kata dia ada di situ tapi tak nampak saya dan saya juga tak nampak dia.Apakah?Berkali-kali saya lalu depan Smart Wonderland..tapi langsung tak nampak bayang Prof Yun.Sudah cuak!Saya rasa macam kena 'magic' :p tapi cuba untuk bertenang dan berfikir..ahahaha...last sekali..saya tanya dia.."cop!Prof berada di jusco yang mana?".........................tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt...i sudah agakkkkkkkkkkk...rupanya masing-masing berada di jusco lain.Prof Yun "ada di jusco bkt mahkota cheras"....hahahaha wakakwakakwaka....sabar jelah :p

Sabar
sabar
sabar
sabar
sampai di jusco sana.....
saya sesat lagi..............................T___________________________T
geget geget geget geget!
( i geram u geram i)
sepatutnya saya dengar cakap orang minyak shell tu :p kejap je dah sampai :p
sempatlah juga meronda bkt mahkota :p

makan pizza Papa John.Not bad.Tapi sedap lagi Pizza Hutz.Lepas makan tawaf jusco.Belum banyak kedai dibuka.Orang pun tak ramai.Sementara tunggu magrib,lepak minum-minum kat fudkot.Sambil minum,berdiskusi tentang future family.Banyak info yang dibincangkan ( tq Prof Yun ).InsyaAllah,moga Allah permudahkan lagi urusan kita :) Amin.

I love you :)
but
Allah love you even more :)

----------------------------

Yeah!ada Subway kat Jusco Bkt Mahkota Cheras ^_^ suka suka suka hati!~





Love
Cikgu Ashiq

Wednesday, July 14, 2010

The great July

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah

I love July!
Bulan July,pelajar untuk program 'pre-school' dan 'tutorial' bertambah.Minggu lepas 2 orang dan hari ini tambah lagi seorang.Maka jumlah pelajar untuk pre-school ada seramai 14 orang. (3 orang = 2 pre-school,1 tutorial).Lega sedikit apabila bilangan pelajar untuk pre-school bertambah.Betulkah sudah 14 orang? ^_^

Mari lihat statistik bilangan pelajar (pre-school) 2008-2010

1. 2008 (1.8.2008 - 13.12.2008) = 4 orang pelajar
2. 2009 (5.1.2009 - 13.12.2009) = 12 orang pelajar
3. 2010 (3.1.2010 - July 2010 )   = 14 orang pelajar

Graf kemajuan naik sedikit.Bukan mudah untuk saya mendapat bilangan pelajar lebih daripada 15 orang.Sangat menguji kesabaran fizikal dan mental untuk mencapai target! Hampir berputus asa suatu ketika dulu..tapi saya cepat-cepat bangun bersama semangat yang gigih untuk terus berjuang!YOSH..BERUSAHALAH!

Harapan dan doa saya...moga Allah permudahkan lagi urusan saya supaya berjalan dengan lancar dan melapangkan lagi pintu rezeki untuk saya,keluarga,anak-anak dan pekerja saya.Amin :)

Thursday, July 1, 2010

Gajah vs Tikus



Gajah takut pada tikus? ^_^


Mari baca dialog di bawah :

Khairunnisa : Teacher Shikin,kenapa gajah takut tikus?
Teacher Shikin : (opppsss...mari berfikir :p ) Khairun takut tikus?
Khairunnisa : eeeeee...takuuutttttt!
Teacher Shikin : Kenapa takut dengan tikus..khairun lagi besar daripada tikus :D
Khairunnisa : Hehehe..saya geliiiiiiiii
Teacher Shikin : Ha..gajah takut dengan tikus sebab gajah geliiiii....
Khairunnisa : oooo..patutlah.Logik!

Dialog di atas berlaku baru-baru ini..cumanya saya tidak ingat hari apa.Anak saya,Khairun tiba-tiba tanya pasal gajah.Soalan yang ditanyakan itu,buat saya tergelak kecil dalam hati hehehe...comel :p Betul juga kata beliau..mengapa gajah perlu takut pada tikus..sedangkan badannya lagi besar daripada tikus.Senyum saya..dan bangga dengan beliau kerana ia menunjukkan Khairun rajin berfikir.

Tiba-tiba otak saya ini mula berfikir mencari jawapan yang logik.Mula-mula ingat nak 'tipu' @  merapu..tapi bila fikirkan semula..adalah lebih baik saya mencari dan menjawap dengan jawapan yang betul,kreatif dan positif.Maka keluarlah jawapan seperti di atas untuk menjawap soalan beliau.Khairun sendiri bersetuju dengan jawapan yang diberi :D

Bagaimana dengan kawan-kawan? Setuju atau tidak dengan jawapan daripada cikgu ? Hehe..

Satu 1/2 tahun

Esok sudah masuk bulan baru.Bulan nombor tujuh - 7 - Selamat Datang Julai!~Sangat cepat masa berlalu..kejap sungguh.Pejam celik lagi..buka mata tutup mata...ada lagi sebulan untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia :)


6 bulan pertama tahun ini,tidak banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan saya mahupun kerjaya saya.Tapi alhamdulillah...banyak manis daripada masam :p Kalau ada yang masam..saya dah tak ingat sangat apa yang telah berlaku wakakwakak...(no time to think!) . 6 bulan pertama 2010,bulan paling manis ialah bulan no 3 atau Mac.Hehe...ada apa dengan Mac? Tanggal 13 Mac 2010,alhamdulillah saya telah bertunang.Sekarang sudah 4 bulan saya menjadi tunang yang penyayang kepada Iz Zulkarnain :) Baru sahaja selesai mengikuti kursus kahwin (12+13 Jun 2010).Yahoooo den dah boleh kahwinn mak oiiii hahaha


Peace!~Syukur Alhamdulillah :)

Majlis diadakan pada hari Sabtu (13.3.2010),pukul 11.30am di rumah parents saya.Sehari sebelum hari kejadian,saya demam kura-kura hehehe..berdebar punya pasal :p...especially time untuk sarung cincin.Cincin selamat disarungkan oleh nenek saudara tunangku.Sambil disaksikan oleh bakal ibu mertuaku hehe...lepas cincin sudah selamat disarungkan....fuhhhhh..lega den :p senyum sampai ke telinga wakakwakak...lenguh pipi..senyum dan ketawa sepanjang majlis.Banyak tukang pukul gambar datang pukul gambar..flash sana sini..terkelip-kelip mata ni..hahaha..bak kata my family.."waaahh...ini sudah macam artis :)) " Pada hari kejadian juga,mak dan abah buat kenduri tahlil,doa selamat dan majlis hari jadi untuk warga bulan no.3.Kebetulan bakal pak mertua lahir bulan 3..dan family saya ramai yang lahir bulan 3.Salah seorangnya ialah my big boss @ Abah..so alang-alang sambut sekali :D Majlis sangat meriah :D ceria semua hehe...alhamdulillah.


Allah selamatkan kamu semua..amin :)

insyaAllah..another 1 big happy family to be :)

p/s: Big thanks to Didi for the great photos ;)

Ada 1 lagi kenangan manis...kenangan yang paling bahagia buat parents saya terutamanya.Tanggal 2 Mei 2010,Alhamdulillah kakak saya telah selamat melahirkan anak pertama beliau.Maka status saya juga bertukar menjadi mak saudara.Yeah..dah naik pangkat..panggil saya Makngah :D

Our new born hero..Luqman Al-Hakim Bin Muhammad Al-Amin

I love you...Luqman :X muaahhh

Luqman sekarang sudah 2 bulan.Makin cerdik.Sudah main air liur,senyum,lompat dan cakap.Geram makngah dibuatnya :p Setiap hari mesti peluk cium budak comel ni.Luqman sayang makngah tak?hehe..
Makngah doakan Luqman membersar dengan sihat dan kuat.Jadi anak yang soleh dan cerdik.I love you very much :).

Wednesday, June 30, 2010

A Trip To Petrosains

Yippie..selesai sudah rombongan kanak-kanak ribena ke Petrosains hari ini.Alhamdulillah,program berjalan lancar seperti apa yang dirancangkan. Pagi-pagi lagi,mak sudah bangun tolong gorengkan nugget dan sausage untuk dibawa sebagai bekalan untuk budak-budak..(terima kasih mak :D ) Saya dan 2 orang adik saya, Ain dan Aya bertolak awal ke sekolah..tepat jam 8.00 pagi sudah terpacak depan pintu sekolah. Abah seperti biasa kena pergi ambil budak-budak.Yosh..Uncle Hussin sangat teruja dan bersemangat! Driver yang ditugaskan untuk membawa kami ke Petrosains juga..sampai awal sebelum pukul 8.30am. Hee..tq Uncle..(opps..lupa nama dia :p )

Trip kali ini,mak-mak tunggu sampai anak-anak mereka selamat menaiki van. Hehe..kata mereka.."Kami jadi seronok bila budak excited"..sempatlah juga adegan salam,peluk dan cium antara mak dan anak masing-masing :p wakakwakak...comel!~ Sepanjang perjalanan ke Petrosains,masing-masing tak sabar nak sampai. Selagi tak nampak bayang-bayang KLCC..selagi tu mereka akan tanya.."lambat lagi ke teacher?" haha..Finally..nampak sudah bayang-bayang KLCC.Horraayyy..semua bersorak gembira dalam van :p Tepat pukul 10.00am,kami sampai.

Yeah..mari beratur,naik lif,beli tiket dan........................................bermulalah pengembaraan kanak-kanak ribena....rollingggggggggggggg!~ (hehe..let the pictures do the talking ya :p )..lets go children ;)

choo-choo..train!~yeah..

choo-choo train lagi..tunggu turn untuk naik 'cup'

yeah..dah sampai..mari turun

sarah sedang cuba buat magic..good try!~

yeah..smile children :D

ken ping the builder hehe

*roar* lost world :p

we are shaking...wEeeee..

Zara Irdyna..bakal mengganti Datuk Syeh Muzaffar

Uncle Hussin is teaching them on how to use the machine :)

Yeah!~i did it..i can see the planet!~ :D

They are trying to fix the lego

haha..Semenyih F1 wanna be!~

Hoyeah...dah habis...jom balik...next station is......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jeng -jeng-jeng..........MmmmmmmM

I'm loving it!~sudah kenyang....mari kita pulang....

*
*
*
*
*
*
*
pulang..marilah pulang..bersama....

Thank you teacher..see you tomorrow :)

Cuba tengok muka masing-masing...happy dan keletihan hehe..i bought 'bola berlampu' as a souvenier for each of them :) suka hati ini bila dapat gembirkan hati anak-anak :)

 

Tuesday, March 30, 2010

Tak kenal maka tak cinta


~!wOoooFffff!~

I like this picture very much!Hehe...peace cheseeee smileeeeeeeee......thank you Allah!Alhamdulillah,sekarang saya sudah menjadi tunang kepada Mr.Pingu yang saya sayangi.Sangat gembira dan terharu.Masih tidak percaya hingga ke hari ini yang saya sekarang sudah menjadi tunangan orang ^_^

Sekitar di hari kejadian *_____*

Majlis : 13.3.2010 (Sabtu,11.30 pagi)
Tempat : Rumahku syurgaku,Semenyih
Tetamu yang hadir : Sanak-saudara (both sides),jiran tetangga dan geng buruh kasar FCM

Hantaran saya to Mr.Pingu
- Sampin
- Kek batek ( kek batek ini sangat lazat!My good friend yang buat.Sesiapa yang nak order kek batek boleh klik sini )
- Kek cawan comel ( cupcakes ini saya order dar Kak Nurul.Cupcakes yang sangat lazat.Sesiapa yang nak order cupcakes boleh klik sini )
- Fruits tarts ( fruits tarts ini sedap juga.Boleh klik sini if nak try order dan rasa :D )
- Choc Cookies (oh my oh my..cookies ini sangat sedap!My friend yang buat..Puan Aton.Boleh klik sini kalau nak order dan rasa hehe )
- Wajik di raja (haha saja tambah 'di raja' :p..wajik ni makngah saya order dari kawan dia.Cantik tau kawan makngah saya gubahkan wajik tu.Tq makngah for the lovely gift :X )
- 1 bakul fruits (ada buah epal,pear dan plum)

Big thank you to my beloved mak dan adik-beradik saya yang membantu saya dalam menggubahkan hantaran ^__^ Kalau nak harapkan saya yang buat..alamatnya tidak siaplah kah kah kah.Oh..saya kagum dengan hasil kerja mereka ^__^ cayalah!Give me 10s!

P/s: To mak cik...iloveyou..thank you hadiahkan Ashiq kek coklat yang comel itu.Sangat terharu huhuhu

Hantaran Mr.Pingu to saya
- Sebentuk cincin yang comel ( Iloveyou :X )
- Kain pasang untuk nikah
- Kek ladybird ( Iloveyouuuuuuu hehe..)
- Fruits
- Nestling Choc ( Oh..sangat suka dengan ini.Cantik my FMIL dan FSIL gubahkan)
-Tepak sirih

Big thank you juga to Mr.Pingu and family.Gubahan yang di reka oleh FMIL dan FSIL sangat cantik dan klasik.Good job!I likeeee!

Oh ya..pada hari tersebut,bukan sahaja meraikan majlis saya tetapi mak dan abah saya buat kenduri tahlil,doa selamat dan majlis hari jadi untuk warga bulan Mac.Kebetulan abah dan bakal pak mertua dilahirkan pada bulan Mac.WeeEe..semua warga bulan Mac diraikan dengan penuh meriah sekali.TQ to adik saya Ain sebab sponser kek Sesame Street yang besar itu :D

Terima kasih juga kepada Didie kerana menjadi photographer pada hari kejadian.Thumbs UP!



The end







Loves,
Ashiq

Tuesday, March 23, 2010

Marah Anak

Thank you..Mr.Google

Salam semua :)

Malam ini cikgu nak berkongsi petua/tip cara yang betul untuk memarahi anak.Cikgu walaupun belum berkahwin tetapi cikgu ada ramai anak-anak kecil di tadika.Bukan senang nak jaga anak-anak terutamanya yang masih kecil.Hari-hari cikgu kena sabar melayan kerenah anak-anak cikgu yang macam-macam ragam.Kadang-kadang tu memang menguji kesabaran mental dan fizikal ( :p )...huh..boleh buat cikgu tak tidur malam!Sebenarnya memang kita berhak untuk memarahi anak tetapi ada caranya.Cara yang lebih elok dan tertib.Cikgu cukup tak suka apabila ada sesetengah ibubapa yang suka memaki-hamun anak apabila marah.Kena ingat..kata-kata yang keluar daripada mulut itu ialah DOA!Perbuatan ini amat tidak disukai oleh Allah swt.

'Kata-kata itu satu DOA'

Anak boleh dimarah dan kena marah tetapi biarlah berunsurkan positif.Jangan sesekali keluarkan perkataan seperti 'degil,jahat,keras kepala,hantu,sewel....." kepada anak.Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan,katakan kepada mereka :

'Kamu anak baik.Kamu anak bijak.Mengapa lakukan perkara itu?'

atau kita marah sambil berzikir

"Ya Allah..anak aku ni!"
"Astaghfirullahal'azim budak ni nak kena ni"
"La ila ha illallah,balik sekarang!"

Kenapa perlu berzikir?sebab zikir itu menenangkan hati sendiri bila sedang marah.

atau contoh yang lain ialah jgn tegur mereka dengan keras dihadapan rakan-rakan mereka.

Ajak mereka ke tempat yang terlindung dari rakan-rakannya dan tegur.Jangan malukan mereka depan orang lain.Jaga airmuka mereka seperti mana kita hendak jaga air muka kita.

P/s: Tip-tip ini juga peringatan untuk diri saya sendiri.Korang setuju tak dengan tip-tip di atas? Hehe..ada rasa insaf tak?InsyaAllah jika marah anak dengan cara yang betul,mereka boleh menjadi anak yang soleh dan soleha.

Renung-renungkan...selamat beramal :)