Thursday, July 1, 2010

Gajah vs Tikus



Gajah takut pada tikus? ^_^


Mari baca dialog di bawah :

Khairunnisa : Teacher Shikin,kenapa gajah takut tikus?
Teacher Shikin : (opppsss...mari berfikir :p ) Khairun takut tikus?
Khairunnisa : eeeeee...takuuutttttt!
Teacher Shikin : Kenapa takut dengan tikus..khairun lagi besar daripada tikus :D
Khairunnisa : Hehehe..saya geliiiiiiiii
Teacher Shikin : Ha..gajah takut dengan tikus sebab gajah geliiiii....
Khairunnisa : oooo..patutlah.Logik!

Dialog di atas berlaku baru-baru ini..cumanya saya tidak ingat hari apa.Anak saya,Khairun tiba-tiba tanya pasal gajah.Soalan yang ditanyakan itu,buat saya tergelak kecil dalam hati hehehe...comel :p Betul juga kata beliau..mengapa gajah perlu takut pada tikus..sedangkan badannya lagi besar daripada tikus.Senyum saya..dan bangga dengan beliau kerana ia menunjukkan Khairun rajin berfikir.

Tiba-tiba otak saya ini mula berfikir mencari jawapan yang logik.Mula-mula ingat nak 'tipu' @  merapu..tapi bila fikirkan semula..adalah lebih baik saya mencari dan menjawap dengan jawapan yang betul,kreatif dan positif.Maka keluarlah jawapan seperti di atas untuk menjawap soalan beliau.Khairun sendiri bersetuju dengan jawapan yang diberi :D

Bagaimana dengan kawan-kawan? Setuju atau tidak dengan jawapan daripada cikgu ? Hehe..

No comments: