Friday, July 23, 2010

Masa

Salam Jumaat,

Apa status FB anda hari ini? Ini status FB di wall saya selepas tamat kelas tengahari tadi.

"Kepada semua pekerja mahupun yang bekerja sendiri,patuhilah waktu bekerja anda.Jika waktu bekerja anda bermula 8.30 pagi,datanglah ke tempat kerja sebelum 8.30 pagi.Anda tidak seharusnya datang lewat/selepas pukul 8.30 pagi.TIDAK ada istilah DATANG LEWAT BALIK LAMBAT dalam undang-undang waktu bekerja.Harap maklum"

Daripada saya mula-mula bekerja sampai sekarang saya sebagai seorang majikan yang punya pekerja,saya masih tidak faham kenapa pekerja tidak patuhi waktu bekerja mereka.Seribu satu alasan diberi apabila datang lewat ke tempat kerja.Ada yang sanggup berbohong/mencipta alasan yang tidak masuk akal bagi menutup kesalahan mereka.Sudahlah tidak patuhi waktu bekerja,mereka mencipta pula undang-undang sendiri iaitu DATANG LEWAT BALIK LAMBAT!

Satu sahaja soalan saya :

Adakah undang-undang tersebut sangat ketat/susah untuk mereka ikut dan patuhi?


hurm....nasihat saya untuk semua

"Demi masa,sesungguhnya manusia itu kerugian"

Renung-renungkan..selamat beramal.






Love,
Cikgu Ashiq

No comments: