Tuesday, March 30, 2010

Tak kenal maka tak cinta


~!wOoooFffff!~

I like this picture very much!Hehe...peace cheseeee smileeeeeeeee......thank you Allah!Alhamdulillah,sekarang saya sudah menjadi tunang kepada Mr.Pingu yang saya sayangi.Sangat gembira dan terharu.Masih tidak percaya hingga ke hari ini yang saya sekarang sudah menjadi tunangan orang ^_^

Sekitar di hari kejadian *_____*

Majlis : 13.3.2010 (Sabtu,11.30 pagi)
Tempat : Rumahku syurgaku,Semenyih
Tetamu yang hadir : Sanak-saudara (both sides),jiran tetangga dan geng buruh kasar FCM

Hantaran saya to Mr.Pingu
- Sampin
- Kek batek ( kek batek ini sangat lazat!My good friend yang buat.Sesiapa yang nak order kek batek boleh klik sini )
- Kek cawan comel ( cupcakes ini saya order dar Kak Nurul.Cupcakes yang sangat lazat.Sesiapa yang nak order cupcakes boleh klik sini )
- Fruits tarts ( fruits tarts ini sedap juga.Boleh klik sini if nak try order dan rasa :D )
- Choc Cookies (oh my oh my..cookies ini sangat sedap!My friend yang buat..Puan Aton.Boleh klik sini kalau nak order dan rasa hehe )
- Wajik di raja (haha saja tambah 'di raja' :p..wajik ni makngah saya order dari kawan dia.Cantik tau kawan makngah saya gubahkan wajik tu.Tq makngah for the lovely gift :X )
- 1 bakul fruits (ada buah epal,pear dan plum)

Big thank you to my beloved mak dan adik-beradik saya yang membantu saya dalam menggubahkan hantaran ^__^ Kalau nak harapkan saya yang buat..alamatnya tidak siaplah kah kah kah.Oh..saya kagum dengan hasil kerja mereka ^__^ cayalah!Give me 10s!

P/s: To mak cik...iloveyou..thank you hadiahkan Ashiq kek coklat yang comel itu.Sangat terharu huhuhu

Hantaran Mr.Pingu to saya
- Sebentuk cincin yang comel ( Iloveyou :X )
- Kain pasang untuk nikah
- Kek ladybird ( Iloveyouuuuuuu hehe..)
- Fruits
- Nestling Choc ( Oh..sangat suka dengan ini.Cantik my FMIL dan FSIL gubahkan)
-Tepak sirih

Big thank you juga to Mr.Pingu and family.Gubahan yang di reka oleh FMIL dan FSIL sangat cantik dan klasik.Good job!I likeeee!

Oh ya..pada hari tersebut,bukan sahaja meraikan majlis saya tetapi mak dan abah saya buat kenduri tahlil,doa selamat dan majlis hari jadi untuk warga bulan Mac.Kebetulan abah dan bakal pak mertua dilahirkan pada bulan Mac.WeeEe..semua warga bulan Mac diraikan dengan penuh meriah sekali.TQ to adik saya Ain sebab sponser kek Sesame Street yang besar itu :D

Terima kasih juga kepada Didie kerana menjadi photographer pada hari kejadian.Thumbs UP!



The end







Loves,
Ashiq

Tuesday, March 23, 2010

Marah Anak

Thank you..Mr.Google

Salam semua :)

Malam ini cikgu nak berkongsi petua/tip cara yang betul untuk memarahi anak.Cikgu walaupun belum berkahwin tetapi cikgu ada ramai anak-anak kecil di tadika.Bukan senang nak jaga anak-anak terutamanya yang masih kecil.Hari-hari cikgu kena sabar melayan kerenah anak-anak cikgu yang macam-macam ragam.Kadang-kadang tu memang menguji kesabaran mental dan fizikal ( :p )...huh..boleh buat cikgu tak tidur malam!Sebenarnya memang kita berhak untuk memarahi anak tetapi ada caranya.Cara yang lebih elok dan tertib.Cikgu cukup tak suka apabila ada sesetengah ibubapa yang suka memaki-hamun anak apabila marah.Kena ingat..kata-kata yang keluar daripada mulut itu ialah DOA!Perbuatan ini amat tidak disukai oleh Allah swt.

'Kata-kata itu satu DOA'

Anak boleh dimarah dan kena marah tetapi biarlah berunsurkan positif.Jangan sesekali keluarkan perkataan seperti 'degil,jahat,keras kepala,hantu,sewel....." kepada anak.Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan,katakan kepada mereka :

'Kamu anak baik.Kamu anak bijak.Mengapa lakukan perkara itu?'

atau kita marah sambil berzikir

"Ya Allah..anak aku ni!"
"Astaghfirullahal'azim budak ni nak kena ni"
"La ila ha illallah,balik sekarang!"

Kenapa perlu berzikir?sebab zikir itu menenangkan hati sendiri bila sedang marah.

atau contoh yang lain ialah jgn tegur mereka dengan keras dihadapan rakan-rakan mereka.

Ajak mereka ke tempat yang terlindung dari rakan-rakannya dan tegur.Jangan malukan mereka depan orang lain.Jaga airmuka mereka seperti mana kita hendak jaga air muka kita.

P/s: Tip-tip ini juga peringatan untuk diri saya sendiri.Korang setuju tak dengan tip-tip di atas? Hehe..ada rasa insaf tak?InsyaAllah jika marah anak dengan cara yang betul,mereka boleh menjadi anak yang soleh dan soleha.

Renung-renungkan...selamat beramal :)