Thursday, June 16, 2011

Ketumbar



TQ to Mr.Google
p/s: beli sebiji serupa seperti gambar di atas :p


Semalam sebelum balik rumah singgah kedai si Ma'el.Mahu beli kurma dan cutton bud yang dikirim oleh si suami.Saya minta kurma sudah dapat.Saya minta cutton bud...dapat lain? Haha!Mari baca cerita di bawah :


Saya : Makcik ada jual cutton bud?

Mak cik : Ada.Nak berapa?RM1?

Saya : (depa ni jual ikut timbang ka?menarik!murah juga RM1) Bolehlah..bagi RM1

Lalu diarahkan pekerjanya untuk mengambil cutton bud.

Pekerja : Nah..(sambil hulur plastik putih yang penuh dengan isi...yg sendiri pun tak  tahu apakah itu? )

Saya : Ini apa?

Mak cik : Ketumbar.RM1



Saya : Ketawa dulu. Haha! Saya bukan nak ketumbar..tapi saya nak cutton bud. (sambil tunjuk korek telinga)

Mak cik : Bukan ketumbar? (muka pelik)

Saya : Bukan.Cutton bud tu sama dengan pengorek telinga.

Pekerja : Yang ini ka? (muka sengih :D )

Saya : Yes!Ini panggil cutton bud hihi

Mak cik dan pekerja : Haha! Ok...maaf ya adik 



Serius..riuh dalam kedai si Ma'el tu.Ketawa tak hengat pekerja mak cik tu.Kalau beli ketumbar RM1..mahu masak apa?Tanam dalam telingalah jawapnya..haha!Balik rumah cerita pada suami dan keluarga.Masing-masing tergelak kuat haha!

Bunyi perkataan cutton bud sama bunyi dengan ketumbar ka? T__T



Harga cutton bud murah 10 sen daripada harga ketumbar :p = 90 sen!

Sunday, June 12, 2011

Menangis

Hati
Sabarlah wahai hati
Usahlah engkau bersusah hati
Keluarlah engkau daripada rasa yang tidak enak
Hiasilah engkau dengan Nur keimanan daripada Yang Esa...

Aduhai...ada sesuatu yang mengganggu mesin fikir dan kotak isi hati ini.lebih banyak rasa 'useless' apabila melihat keadaan diri yang masih lagi tidak mampu membantu ke dua orang tua..sangat sedih!

Walaupun diri ini bersyukur dan sentiasa berusaha untuk kuat semangat tetapi jauh di sudut hati sebenarnya hati ini sangat terluka.Mungkin hati ini belum cukup kuat untuk menghadapi dugaan yang akan Allah berikan.

Oh Allah..
Oh Allah ..
Oh Allah ...

Sunday, June 5, 2011

Mesra


credit : Mr.Google

Dulu-dulu sebelum berkahwin,saya dan suami menyuarakan hasrat mahu makan dalam talam bersama selepas sah menjadi suami isteri.Alhamdulillah...hasrat itu dapat dilaksanakan walaupun tidak selalu.InsyaAllah bila sudah pindah rumah sendiri..kami mahu amalkan konsep makan dalam talam ini selalu.

Sangat suka makan bersama seperti ini.Bukan setakat jimat tetapi cara begini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan memupuk sifat mesra dan sifat sederhana.Pendek kata ia dapat mengelakkan diri kita daripada sifat nafsu TAMAK!

Cthnya : Apabila suami isteri makan dalam talam bersama..si isteri atau suami dapat suap makanan pada pasangan masing-masing.Saya rasa mesti masing-masing tunduk tersipu-sipu malu hihihi secara tidak langsung gurindam kasih dapat dipupuk hihihi (saya dah cuba..memang best! ;) )

Terapkan juga amalan ini apabila kita sudah mempunyai anak.Anak-anak mesti rasa lebih dihargai dan mereka akan rasa lebih dekat dengan kita.

Renung-renungkan,selamat beramal

Saturday, June 4, 2011

Syukur

Kata pakar motivasi :

"Jadilah orang yang bersyukur kerana orang yang bersyukur dapat membina minda untuk jadi lebih positif dan berfikir lebih luas dengan hati yang lapang dan tenang."

"Jangan jadi orang yang bersabar kerana orang seperti ini hanya merendahkan emosi dan membina minda menjadi lemah dan berfikiran sempit.Tidak dapat berfikir dengan hati yang lapang dan tenang."

Sesungguhnya Allah amat menyayangi hambaNya yang sentiasa bersyukur.Yakinlah bahawa Allah akan menambah nikmat lebih bagi orang yang sentiasa bersyukur.





Renung-renungkan,selamat beramal.