Sunday, June 5, 2011

Mesra


credit : Mr.Google

Dulu-dulu sebelum berkahwin,saya dan suami menyuarakan hasrat mahu makan dalam talam bersama selepas sah menjadi suami isteri.Alhamdulillah...hasrat itu dapat dilaksanakan walaupun tidak selalu.InsyaAllah bila sudah pindah rumah sendiri..kami mahu amalkan konsep makan dalam talam ini selalu.

Sangat suka makan bersama seperti ini.Bukan setakat jimat tetapi cara begini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan memupuk sifat mesra dan sifat sederhana.Pendek kata ia dapat mengelakkan diri kita daripada sifat nafsu TAMAK!

Cthnya : Apabila suami isteri makan dalam talam bersama..si isteri atau suami dapat suap makanan pada pasangan masing-masing.Saya rasa mesti masing-masing tunduk tersipu-sipu malu hihihi secara tidak langsung gurindam kasih dapat dipupuk hihihi (saya dah cuba..memang best! ;) )

Terapkan juga amalan ini apabila kita sudah mempunyai anak.Anak-anak mesti rasa lebih dihargai dan mereka akan rasa lebih dekat dengan kita.

Renung-renungkan,selamat beramal

No comments: