Thursday, June 16, 2011

Ketumbar



TQ to Mr.Google
p/s: beli sebiji serupa seperti gambar di atas :p


Semalam sebelum balik rumah singgah kedai si Ma'el.Mahu beli kurma dan cutton bud yang dikirim oleh si suami.Saya minta kurma sudah dapat.Saya minta cutton bud...dapat lain? Haha!Mari baca cerita di bawah :


Saya : Makcik ada jual cutton bud?

Mak cik : Ada.Nak berapa?RM1?

Saya : (depa ni jual ikut timbang ka?menarik!murah juga RM1) Bolehlah..bagi RM1

Lalu diarahkan pekerjanya untuk mengambil cutton bud.

Pekerja : Nah..(sambil hulur plastik putih yang penuh dengan isi...yg sendiri pun tak  tahu apakah itu? )

Saya : Ini apa?

Mak cik : Ketumbar.RM1



Saya : Ketawa dulu. Haha! Saya bukan nak ketumbar..tapi saya nak cutton bud. (sambil tunjuk korek telinga)

Mak cik : Bukan ketumbar? (muka pelik)

Saya : Bukan.Cutton bud tu sama dengan pengorek telinga.

Pekerja : Yang ini ka? (muka sengih :D )

Saya : Yes!Ini panggil cutton bud hihi

Mak cik dan pekerja : Haha! Ok...maaf ya adik 



Serius..riuh dalam kedai si Ma'el tu.Ketawa tak hengat pekerja mak cik tu.Kalau beli ketumbar RM1..mahu masak apa?Tanam dalam telingalah jawapnya..haha!Balik rumah cerita pada suami dan keluarga.Masing-masing tergelak kuat haha!

Bunyi perkataan cutton bud sama bunyi dengan ketumbar ka? T__T



Harga cutton bud murah 10 sen daripada harga ketumbar :p = 90 sen!

No comments: