Friday, July 23, 2010

Masa

Salam Jumaat,

Apa status FB anda hari ini? Ini status FB di wall saya selepas tamat kelas tengahari tadi.

"Kepada semua pekerja mahupun yang bekerja sendiri,patuhilah waktu bekerja anda.Jika waktu bekerja anda bermula 8.30 pagi,datanglah ke tempat kerja sebelum 8.30 pagi.Anda tidak seharusnya datang lewat/selepas pukul 8.30 pagi.TIDAK ada istilah DATANG LEWAT BALIK LAMBAT dalam undang-undang waktu bekerja.Harap maklum"

Daripada saya mula-mula bekerja sampai sekarang saya sebagai seorang majikan yang punya pekerja,saya masih tidak faham kenapa pekerja tidak patuhi waktu bekerja mereka.Seribu satu alasan diberi apabila datang lewat ke tempat kerja.Ada yang sanggup berbohong/mencipta alasan yang tidak masuk akal bagi menutup kesalahan mereka.Sudahlah tidak patuhi waktu bekerja,mereka mencipta pula undang-undang sendiri iaitu DATANG LEWAT BALIK LAMBAT!

Satu sahaja soalan saya :

Adakah undang-undang tersebut sangat ketat/susah untuk mereka ikut dan patuhi?


hurm....nasihat saya untuk semua

"Demi masa,sesungguhnya manusia itu kerugian"

Renung-renungkan..selamat beramal.






Love,
Cikgu Ashiq

Sunday, July 18, 2010

Hantu raya vs Badut

Awal pula hantu raya keluar bersiar-siar kali ini.Kali ini,hantu raya keluar bukan bersiar-siar tetapi keluar jalan-jalan cari pasal!Kesnya..berebut bilik air!Kecoh betul!Kalau dah tahu nak keluar..bersiaplah awal-awal.Kerana sabar diriku dirasuk oleh kebongkakan hantu raya..maka tercetus lah PERANG!Kali ini terpaksa mengamuk tanpa rasa malu pada si suami hantu raya.Rasakan!Peluru khas untuk mereka yang tidak tahu untuk menghormati dan bertimbang rasa dengan ahli keluarga sendiri!


p.s : i hate you!
p.s.s : i hate you and you too!
p.s.s.s : i HATE BOTH OF YOU!


Tarikh berhantu : 17.7.2010


Sekian!


-----------------------------------------


Yeh yeh yeh..today is my day!
Bangun awal kerana ada tugasan di sekolah.Memang hari-hari saya kena bangun awal hahaha.Tapi pagi tadi agak kurang sihat,selesema teruk.Adakah demam sebab perang semalam? Boleh blaaa!
Kelas hari ini tidak semua yang hadir.Kelas semua berjalan dengan baik walaupun hari ini saya agak bengang dengan salah seorang murid saya.Serius..rasa macam nak patahkan je cermin mata budak tu! huhuhu..Akhirnya saya give up nak ajar dia.Saya marahkan dia bukan sebab dia tidak pandai tapi marah sebab dia tidak ada respon.Diam seribu bahasa.Siapa tak bengang? T_T Tensen sangat!


Habis sahaja kelas,tidur sebentar.Mengantuk setelah telan 2 biji ubat selesema.2 jam tidur.Bergerak terus ke Jaya Jusco.Hari ini ada date dengan Prof Yun.Memandu dengan berhati-hati terus ke Jusco Balakong.Beli hadiah kahwin untuk pengantin baru.Tiba-tiba Prof Yun call tanya ada di mana.Saya bagitahu jumpa di Smart Wonderland.Pelik.Dia kata dia ada di situ tapi tak nampak saya dan saya juga tak nampak dia.Apakah?Berkali-kali saya lalu depan Smart Wonderland..tapi langsung tak nampak bayang Prof Yun.Sudah cuak!Saya rasa macam kena 'magic' :p tapi cuba untuk bertenang dan berfikir..ahahaha...last sekali..saya tanya dia.."cop!Prof berada di jusco yang mana?".........................tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt...i sudah agakkkkkkkkkkk...rupanya masing-masing berada di jusco lain.Prof Yun "ada di jusco bkt mahkota cheras"....hahahaha wakakwakakwaka....sabar jelah :p

Sabar
sabar
sabar
sabar
sampai di jusco sana.....
saya sesat lagi..............................T___________________________T
geget geget geget geget!
( i geram u geram i)
sepatutnya saya dengar cakap orang minyak shell tu :p kejap je dah sampai :p
sempatlah juga meronda bkt mahkota :p

makan pizza Papa John.Not bad.Tapi sedap lagi Pizza Hutz.Lepas makan tawaf jusco.Belum banyak kedai dibuka.Orang pun tak ramai.Sementara tunggu magrib,lepak minum-minum kat fudkot.Sambil minum,berdiskusi tentang future family.Banyak info yang dibincangkan ( tq Prof Yun ).InsyaAllah,moga Allah permudahkan lagi urusan kita :) Amin.

I love you :)
but
Allah love you even more :)

----------------------------

Yeah!ada Subway kat Jusco Bkt Mahkota Cheras ^_^ suka suka suka hati!~





Love
Cikgu Ashiq

Wednesday, July 14, 2010

The great July

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah

I love July!
Bulan July,pelajar untuk program 'pre-school' dan 'tutorial' bertambah.Minggu lepas 2 orang dan hari ini tambah lagi seorang.Maka jumlah pelajar untuk pre-school ada seramai 14 orang. (3 orang = 2 pre-school,1 tutorial).Lega sedikit apabila bilangan pelajar untuk pre-school bertambah.Betulkah sudah 14 orang? ^_^

Mari lihat statistik bilangan pelajar (pre-school) 2008-2010

1. 2008 (1.8.2008 - 13.12.2008) = 4 orang pelajar
2. 2009 (5.1.2009 - 13.12.2009) = 12 orang pelajar
3. 2010 (3.1.2010 - July 2010 )   = 14 orang pelajar

Graf kemajuan naik sedikit.Bukan mudah untuk saya mendapat bilangan pelajar lebih daripada 15 orang.Sangat menguji kesabaran fizikal dan mental untuk mencapai target! Hampir berputus asa suatu ketika dulu..tapi saya cepat-cepat bangun bersama semangat yang gigih untuk terus berjuang!YOSH..BERUSAHALAH!

Harapan dan doa saya...moga Allah permudahkan lagi urusan saya supaya berjalan dengan lancar dan melapangkan lagi pintu rezeki untuk saya,keluarga,anak-anak dan pekerja saya.Amin :)

Thursday, July 1, 2010

Gajah vs Tikus



Gajah takut pada tikus? ^_^


Mari baca dialog di bawah :

Khairunnisa : Teacher Shikin,kenapa gajah takut tikus?
Teacher Shikin : (opppsss...mari berfikir :p ) Khairun takut tikus?
Khairunnisa : eeeeee...takuuutttttt!
Teacher Shikin : Kenapa takut dengan tikus..khairun lagi besar daripada tikus :D
Khairunnisa : Hehehe..saya geliiiiiiiii
Teacher Shikin : Ha..gajah takut dengan tikus sebab gajah geliiiii....
Khairunnisa : oooo..patutlah.Logik!

Dialog di atas berlaku baru-baru ini..cumanya saya tidak ingat hari apa.Anak saya,Khairun tiba-tiba tanya pasal gajah.Soalan yang ditanyakan itu,buat saya tergelak kecil dalam hati hehehe...comel :p Betul juga kata beliau..mengapa gajah perlu takut pada tikus..sedangkan badannya lagi besar daripada tikus.Senyum saya..dan bangga dengan beliau kerana ia menunjukkan Khairun rajin berfikir.

Tiba-tiba otak saya ini mula berfikir mencari jawapan yang logik.Mula-mula ingat nak 'tipu' @  merapu..tapi bila fikirkan semula..adalah lebih baik saya mencari dan menjawap dengan jawapan yang betul,kreatif dan positif.Maka keluarlah jawapan seperti di atas untuk menjawap soalan beliau.Khairun sendiri bersetuju dengan jawapan yang diberi :D

Bagaimana dengan kawan-kawan? Setuju atau tidak dengan jawapan daripada cikgu ? Hehe..

Satu 1/2 tahun

Esok sudah masuk bulan baru.Bulan nombor tujuh - 7 - Selamat Datang Julai!~Sangat cepat masa berlalu..kejap sungguh.Pejam celik lagi..buka mata tutup mata...ada lagi sebulan untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia :)


6 bulan pertama tahun ini,tidak banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan saya mahupun kerjaya saya.Tapi alhamdulillah...banyak manis daripada masam :p Kalau ada yang masam..saya dah tak ingat sangat apa yang telah berlaku wakakwakak...(no time to think!) . 6 bulan pertama 2010,bulan paling manis ialah bulan no 3 atau Mac.Hehe...ada apa dengan Mac? Tanggal 13 Mac 2010,alhamdulillah saya telah bertunang.Sekarang sudah 4 bulan saya menjadi tunang yang penyayang kepada Iz Zulkarnain :) Baru sahaja selesai mengikuti kursus kahwin (12+13 Jun 2010).Yahoooo den dah boleh kahwinn mak oiiii hahaha


Peace!~Syukur Alhamdulillah :)

Majlis diadakan pada hari Sabtu (13.3.2010),pukul 11.30am di rumah parents saya.Sehari sebelum hari kejadian,saya demam kura-kura hehehe..berdebar punya pasal :p...especially time untuk sarung cincin.Cincin selamat disarungkan oleh nenek saudara tunangku.Sambil disaksikan oleh bakal ibu mertuaku hehe...lepas cincin sudah selamat disarungkan....fuhhhhh..lega den :p senyum sampai ke telinga wakakwakak...lenguh pipi..senyum dan ketawa sepanjang majlis.Banyak tukang pukul gambar datang pukul gambar..flash sana sini..terkelip-kelip mata ni..hahaha..bak kata my family.."waaahh...ini sudah macam artis :)) " Pada hari kejadian juga,mak dan abah buat kenduri tahlil,doa selamat dan majlis hari jadi untuk warga bulan no.3.Kebetulan bakal pak mertua lahir bulan 3..dan family saya ramai yang lahir bulan 3.Salah seorangnya ialah my big boss @ Abah..so alang-alang sambut sekali :D Majlis sangat meriah :D ceria semua hehe...alhamdulillah.


Allah selamatkan kamu semua..amin :)

insyaAllah..another 1 big happy family to be :)

p/s: Big thanks to Didi for the great photos ;)

Ada 1 lagi kenangan manis...kenangan yang paling bahagia buat parents saya terutamanya.Tanggal 2 Mei 2010,Alhamdulillah kakak saya telah selamat melahirkan anak pertama beliau.Maka status saya juga bertukar menjadi mak saudara.Yeah..dah naik pangkat..panggil saya Makngah :D

Our new born hero..Luqman Al-Hakim Bin Muhammad Al-Amin

I love you...Luqman :X muaahhh

Luqman sekarang sudah 2 bulan.Makin cerdik.Sudah main air liur,senyum,lompat dan cakap.Geram makngah dibuatnya :p Setiap hari mesti peluk cium budak comel ni.Luqman sayang makngah tak?hehe..
Makngah doakan Luqman membersar dengan sihat dan kuat.Jadi anak yang soleh dan cerdik.I love you very much :).