Friday, August 6, 2010

Love Friday

Salam Jumaat dan selamat hari raya buat semua umat Islam di dunia :)


Oh..i love friday
friday is my day

Hehe...hari ini saya sangat gembira.Gembira kerana saya berjaya menggembirakan hati anak-anak saya.Mereka berjaya siapkan projek art & craft mereka dengan baik.Hari ini saya gembira kerana tuan kedai / landlord tidak naikkan sewa kedai.Kalau ikut dalam perjanjian,setelah tamat 2 tahun dan jika saya mahu sambung..saya kena bayar 20% daripada harga sewa lama.Syukur sangat.Uncle kata "I no problem..boleh.You muda lagi..baru dalam bisnes.Jgn risau."Terus hubungi my abah bagitahu good news ni.Alhamdulillah :) Hari ini saya gembira kerana saya berjaya siapkan kerja sekolah dan cleaning sampai siap!Haha..2-3 hari sebelum ini badan tidak mengizinkan saya untuk buat kerja berat-berat.Tapi hari ini saya sangat bertenaga!Sangat senang hati apabila berjaya mop sekolah sampai bersih ^_^

Oh sangat gembira juga untuk menyambut ketibaan  bulan Ramadhan *____* tak sabar mahu berjemaah di surau menunaikan solat sunat terawih.InsyaAllah :)





Day 4 : Bio-oil





Loves,
Cikgu Ashiq

Sunday, August 1, 2010

Dua

Salam semua :)

1.8.2010 hari ini genap sudah 2 tahun tadika saya beroperasi sebagai pusat bimbingan kanak-kanak pintar untuk mendidik kanak-kanak untuk menjadi orang yang berilmu dunia dan akhirat.

Terima kasih ya Tuhanku dan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga,tenaga pengajar,rakan-rakan dan ibubapa pelajar khasnya yang memberi kepercayaan kepada saya dan tenaga pengajar yang lain untuk menjaga dan mendidik anak-anak mereka.Moga Allah sentiasa melindungi kita dan memberkati amal dan kehidupan kita semua.Thank you Allah.










Loves,
Teacher Shikin