Sunday, November 7, 2010

Perut kenyang [Part 2]

Esoknya pergi Bangi pula.Habis saha kerja di sekolah dan urusan di klinik gigi,terus ke Bangi untuk makan tengahari bersama Mr.Pingu.Restoren yang dipilih ialah Islamic Kitchen.Di mana?Sedap tak?Mahal tak? hehe..jom layan gambar! ^__________^



~! Jalan-jalan cari makan !~
-Islamic Kitchen - Sek 9 Bangi-
(6.11.2010 - 3.00pm)

 Dari tepi restoren

Pandangan hadapan restoren

 Ini saya punya..nyum..sedap!~

Yang ini dia punya...fuh..lazat!

Anak siapalah ini? :p...sedap!


Sebelum sampai..Mr.Pingu sms bagitahu harga makanan di restoren ini sama macam harga Black Canyon.Wow!Hebat betul selera kami berdua..semua list restoren idaman mahal-mahal berlaka.Perghh!~Belasah jelah..asalkan perut kenyang suka hati.Kepada sesiapa yang suka makanan western dan tempatan boleh singgah makan di Islamic Kitchen.Macam-macam ada!Menu yang saya order tu memang sedap..sangat juicy isi ayam itu.Menu Mr.Pinggu pun sedap.Cukup rasa!Cuma rasa tak best sebab air yang saya order tak berapa nak sedap.Tak ingat nama sebab nama panjang sangat.InsyaAllah next time mahu bawa mak dan abah makan kat sini.

Nah...7 bintang daripada 10 bintang

Saturday, November 6, 2010

Perut kenyang [Part1]

Cuti raya deepavali yang sangat memenatkan kaki dan mengenyangkan perut.Kaki penat sebab berjalan,berlari dan memanjat anak tangga untuk menyelesaikan misi.Alhamdulillah,misi berjaya.Bila penat,perut mula lapar.Selera makan tidak sehebat manapun tapi sebab diajak untuk mengisi perut di tempat makan yang lazat,maka diri ini berselera mengalahkan si gaban! Hehe..habis diet den!Kompem...next week kena puasa.InsyaAllah :)


Jom tengok gambar..malas nak bercerita panjang lebar..jari dah gemuk so malas nak type :p 


 ~! Jalan-jalan cari makan !~

-Black Canyon Restaurant,Alamanda-
(3.40pm - 5.11.2010)

 Ini dia yang punya...Beef Pro ^__^
(RM25.90)

 Ini saya yang punya....Noodle Chicken Pro ^__^
(RM15.90)

 Ini air saya..Mocha Ice-cream Blended
(RM8.95)

^__^ Panda Smile ^__^ 
(RM6.50)
p/s: order sebab comel haha

Aum..Aum..mari makan!

Ini Hot Choc dia..minuman kegemaran dia ^__^
(RM6.50)

Temenungkan apa tu? I know..i know..

First time makan kat sini.Tercapailah juga cita-cita terpendam mahu makan kat restoren mahal ini.Disebabkan meja makan kat situ lebar,maka kami berdua gunakan ruang meja itu sepenuhnya.Buku nota dan pen ajaib dibawa keluar untuk berdiskusi.Oh lupa..sebelum makanan hebat itu dihidangkan,kami makan sup.Mr.Pingu makan Chicken Mashroom dan saya makan Corn Mashroom soup.Biasa je.Boleh buat sendiri di rumah.Keseluruhannya..makanan yang kami makan tidaklah sedap sangat.Biasa sahaja.

Nah...5 bintang  daripada 10 bintang saya bagi ^__^